“Anak mati baru nak menyesal” – Dah Letak Bendera Amaran Tapi Pengunjung Masih Tak Endah Larangan Dekati Pantai

 

Tragedi kematian 3 beradik yang lemas ditelan ombak besar dekat Pantai Sura, Dungun baru-baru ni memang sesuatu yang tak dijangka dan amat menyedihkan. Siapa sangka, dalam seronok mandi pantai ada pula malang tak berbau yang datang menduga.

Ingatkan lepas tragedi ni ramailah yang lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling, rupanya ia tak seperti yang disangkakan. Uiks apa pulak yang jadi ni?

Pengunjung tak endah bendera merah tanda amaran untuk elak dekati laut

Menerusi perkongsian Twitter Berita Harian, masih ada yang ingkar arahan dan sengaja letak nyawa di hujung tanduk.

Tinjauan yang dibuat wartawan akhbar tersebut dekat Pantai Kempadang, Kuantan menunjukkan pengunjung buat tak endah je pada amaran benda merah yang menunjukkan larangan mandi di laut sebab ombak besar dan laut bergelora.

“Jangan buat main ombak macam ni. Sekali dia tarik, berguling kau dalam tu tak dapat buat apa”

Perkongsian tersebut telah dapat perhatian netizen yang prihatin dengan apa yang berlaku. Kebanyakan mereka ‘geleng kepala’ tengok sikap sesetengah pengunjung yang macam tak faham bahasa dengan amaran yang dinyatakan. Jangan sampai dah terkena baru nak menyesal nanti!


Sumber: Twitter

“Standard yang bodoh-bodoh mandi atau main air kat pantai ni biasanya orang luar. Yang duduk sana takdenya nak pi dekat”

Tapi logik jugaklah bila ada netizen cakap yang orang tempatan selalunya alert dengan situasi macam ni. Cuma orang luar je yang tak tahu benda-benda macam ni kan?


Sumber: Twitter

Signboard tak jelas? Patut beri amaran yang lebih keras

Salah satu sebab mungkin pengunjung masih mandi kat laut walaupun dah naikkan tanda amaran ialah amaran yang dikeluarkan tak jelas serta pengunjung tak faham dengan tanda bendera merah tu.

Nampaknya pihak bertanggungjawab kenalah fikirkan cara lain macam letak signboard besar-besar ke atau minta polis peronda untuk pantau keadaan semasa.


Sumber: Twitter
Apapun diharapkan mereka yang bercadang nak cuti dekat area pantai ni berhati-hatilah dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Bukan nak takutkan tapi lebih baik sentiasa berwaspada daripada dah terlambat nanti.

sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *