“Punca dari tok kadi” – Nak Lahirkan Anak Ke Tiga Baru Tahu Perkahwinan Pasangan Ini Tak Sah Sebab

 

Tak sangka selama ini fikirkan perkahwinan sah, lepas dah berkeluarga baru tahu rupa-rupanya perkahwinan kakak kepada gadis ini tiba-tiba terbatal sewaktu mengandungkan anak ketiga!

Daripada kisah ini, ia dapat membuka mata kita agar sentiasa alert jika ingin melangkah ke alam perkahwinan. Jadikannya sebagai iktibar, terutamanya kepada wanita yang kehilangan ayah

Perkahwinan terbatal oleh mahkamah sebab salah wali. Punca daripada tok kadi

Gambar Hiasan
“Perkahwinan kakak aku dibatalkan oleh mahkamah sebab salah wali. Punca dari tok kadi. Perkongsian ini buat sesiapa yang dah kehilangan ayah TAPI atok(side ayah) masih hidup. Dan khas buat selangorian. Sebab lain negeri, lain jabatan agamanya.”

“Aku ada tiga kakak, A, B, dan C. A kahwin masa papa hidup. B & C tak kawen lagi tapi papa dah meninggal (Al-fatihah). Atok masih hidup. Abang aku pun hidup.”

“Masa C kahwin, dia guna abang aku as wali. All went well. Tok kadi masa tu tak ada tanya pun atok aku hidup lagi ke tak so just proceed jela dengan abang aku as wali. Time tu tok kadi tu dah nak pencen”

“Tapi their marriage macam tak berapa nak happy. Aku perasan rezeki diorang macam disekat. Macam something wrong somewhere. Sampai lah diorang ada anak 2 orang. At this point, dua-dua diberhentikn kerja(contract). Allahu, aku tak tahu nak cakap apa masa ni sebab sedih teruk.”

Mula-mula semua berjalan lancar memandangkan abangnya masih hidup, jadi secara langsungnya menjadi wali kepada pasangan kakak ketiga. Namun, tanpa diduga ini yang terjadi sewaktu kakak kedua ingin berkahwin

Tok kadi tak tanya pun atuk hidup lagi ke tak

“Aku, mama & kakak yang lain tolong sehabis boleh nak support life diorang & diaorang pun dah start berniaga. Time ni kakak aku ni dah pregnant anak ke-3. Alhamdulillah. Time ni jugak kakak aku si B nak kahwin.”

“Si B buat lah proses nk kahwin tu mcm biasa.”

“Guna abang aku as wali. Sesampai je dia mengadap tok kadi, Seraya tok kadi bertanya,
‘Ayah dah meninggal ya?’
‘Ya’
‘Atok dah meninggal ya?’
‘Belum’
‘Tapi kenapa abang awak jadi wali bukan atok?’
‘Sebab haritu adik saya kahwin, abang saya jadi wali”
‘Eh, tak sah tu. atok kena jd wali. Bukan abang’ ‘Eh’
Ahhhh sudah. Jem kejap satu family bila kakak aku si B ni inform sebab yang si C dah pregnant anak ke-3 pula tu.
Okay, time ni tok kadi nya tok kadi baru. Yang dah pencen tu aku tatau lah kemana pegi nya.

Perkahwinan dibatalkan, kena turun naik mahkamah

Gambar Hiasan
“Atok aku ni orang perak. Jauh sikit si B nak pergi buat wakalah walinya. Alhamdulillah settle si B ni. Sementara si C ni nak kena turun naik mahkamah, dah dapat tahu dibatalkan perkahwinan dia tadi tu. Jadi dia tinggal lah berasingan dengan laki dia, duduk rumah mak aku.”

“Kami bawa lah mereka ni balik Perak nak buat wakalah wali dengan tok ni tadi. Atuk pula nazak. Ayah sedara aku ni imam dekat sg. Durian sana, Jadi dia tolong lah kami ni nak buat wakalah wali. Kami pula diceramahkan sebab kahwin tu tak sah dan dibatalkan.”

“Buat wakalah wali ni tergendala la kejap sebab atok tengah nazak dan lepas atok meninggal, baru lah buat wakalah wali baru guna abang as wali. Time ni memang banyak perselisihan dengan family side perak sebab semuanya agamawan.”

Lepas dah dapat tahu bahawa perkahwinan kakaknya yang ketiga itu telah dibatalkan, mereka terpaksa membuat urusan mahkamah untuk selesaikan masalah. Alhamdulillah segalanya selesai.

Tapi, disebabkan kakaknya sudah mempunyai zuriat, berlaku pula cabaran baru.

Dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Selesai..Tapi…

“Lepas atok meninggal, pergi naik turun mahkamah. Aku sebagai saksi, angkat sumpah apa semua, menjawab dengan hakim pasal pernikahan tu, cuak!”

“Best part is, hakim bukan geleng kepala beb. Dia tepok dahi. Kakak aku pulak pergi gelak dalam tu sebab benda ni jadi sebagai punca je.”

“Gila kau. Anak dah nak masuk 3, tetiba kena batal. Memang tepuk dahi lah hakim tu aku yang cuak dalam kandang saksi tu pun ada la senyum sikit dari tergagap je.”

“So dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Setel.”

“TAPI,”

“Part anak tak setel lagi. Sebab bila perkahwinan dah dibatalkan, automatik pertalian anak juga terpisah. So kena lah buat ‘nasab anak’. Nasab anak ni, untuk sahkan itu anak dia. Kena tunggu yang baby tu lahir dulu, buat sekali”

Kena buat nasab anak…Tertangguh selama 2 tahun sebab

“Nasab anak dia dah tertangguh selama 2tahun. Entah hamba Allah mana la yang cakap ke family kakak aku ni, kalau buat nasab anak nanti anak kena amek dengan jbtn kebajikan.”

“Aku tak tahu lah kenapa senang benar percaya cakap org. Cakap aku yang usahakn mcm2 ni tanak dgr. so, kakak aku lahirkan baby girl, baby anak syurga(oku). Dia ada masalah cleft lip, tulang punggung, jantung & satu lutut tak boleh di lipat which is takde tempurung lutut.”

“So disebabkan baby ni ada banyak masalah kesihatan, ktorg push diorg suruh buat nasab anak cpt2 sbb benda2 kaitan agama ni jgn lah dibuat main. Tak kita yg kena, anak2 kecil yg tak salah tu kena akibatnya. Tak jugak dibuat sbb tkut kena amek dgn jbtn kebajikan”

“Aku jejak lagi kaki ke mahkamah nak setelkan nasab anak. Bukan payah pun. Isi borang je, lampirkan documents. Dah setel. Kan senang? Aku kesiankan ank buah aku tu, sampai skrg tak setel lg medical dia tu”

“Nasab anak ni pun jgn dibuat main, nak nak pula bila ada ank perempuan. Naya weh dia nk kawen esok satgi, bapak taleh jd wali. Naya wehh naya. So lepas setel nasab anak nt, maka setellah alkisah kakak aku ni.”

Pesanan untuk kaum adam

“Aku nak ingatkan ke semua lelaki, tolong amek berat sikit part ni. Sebab tu dalam agama, lelaki, ada tanggungjawab besar dalam keluarga hatta dlm agama sekalipun”

“So kakak aku sekarang housewife jaga anak dia sebab kena selalu berulang ke hospital. Doakan dia & husb dia dimurahkan rezeki & doakan anak buah aku sihat mcm anak2 yg lain. Anak syurga tu. alhamdulillah anak dia lg 2 tu bijak anaknya. Hafiz hafizah inshaAllah.”

“Untuk yang tanya psal anak sah ke tak. Anak tu tetap sah anak diorg. Dari segi agama, anak tu tak salah. Even kakak aku dan husband dia pun tak salah. Cumanya ada procedure perlu dibuat supaya benda ni disetelkan dengan cara yang betul. Hanya perkahwinan je yang affected.”

“Apa aku nak tekankan kat sini, bab agama ni jangan lah buat main. Aku dah perasan lama macam ada benda tak kena tapi time tu aku budak ni. Bila dah besar ni, aku pegang lah taggungjawab nak setelkan semua ni untuk kakak2 aku..”

“Maaf kalau ada salah silap. Kami tahu kami tak sempurna. Jadi perkongsian ini buat lah teladan. Kes ni dah lama, cuma baru sekarang dikongsi bersama. Untuk yang maki hamun tadi tu, terima kasih. Moga diberkati dunia akhirat.”

Bagi admin, semua pihak perlu peka dan ambil tahu dalam bab-bab perkahwinan agar urusan dipermudahkan. Boleh rujuk kepada jabatan agama kalau ada perkara yang kurang pasti.

Harap kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita nanti jika ingin melangkah ke alam perkahwinan. Atas keizinan tuan empunya badan, identiti wanita ini terpaksa disembunyikan.

sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *